SELAMAT DATANG KE
SSPN-i PLUS
Pelan simpanan pendidikan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
APA ITU SSPN-i PLUS?
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Sehingga 31 Mac 2019, sebanyak 302,834 akaun SSPN-i Plus telah dibuka. Daftar akaun SSPN-i Plus anda hari ini untuk menikmati pelbagai faedah dan manfaat takaful disamping memupuk amalan menyimpan demi pendidikan masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda!
Simpanlah di SSPN-i Plus demi masa depan anak-anak yang lebih terjamin.

KEISTIMEWAAN SSPN-i PLUS
Nikmati pelbagai faedah dan manfaat bersama SSPN-i Plus

PENABUNGAN SEAWAL USIA SEHARI

Setelah isteri disahkan mengandung dan bakal menerima 'orang baru', ibu bapa patut buat kajian dan carian untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat bagi tujuan tabungan dan pelaburan untuk anak...
Mulakan tabungan SSPN-i Plus seawal usia anak bagi menjamin masa depan pendidikan dan kelangsungan hidup dikemudian hari. Anak juga adalah harta yang akan ditinggalkan suatu ketika nanti. Pastikan nasib mereka terbela. Jangan bertangguh.
PILIHAN PAKEJ
Pakej mampu milik serendah RM30 sehingga RM500
"SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH"

"Sudah terhantuk baru tengadah"..
Jauhkan pepatah ini dari hidup anda.
.
Manfaat takaful di dalam Pelan simpanan SSPN-I Plus memberikan pelbagai pilihan kepada anda. Bermula dengan serendah RM10 sebulan anda layak menikmati manfaat seperti dibawah :
1. Tuntutan atas kematian (kemalangan) Rm40,000
2. Tuntutan atas kematian (biasa) RM20,000
3. Tuntutan 36 penyakit kritikal sehingga RM10,000
4. Tuntutan elaun kemasukkan hospital RM20/hari
5. Tuntutan khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
.
Sambil-sambil menyimpan anda juga dilindungi takaful.
Pelan simpanan pendidikan 2 dalam 1 yang seharusnya tidak anda lepaskan.


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 - 2193 3000
Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)
i-Care (icare.ptptn.gov.my)
Pautan Pantas