JOM JALANKAN TANGGUNGAJAWAB BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN ANDA
ANDA KACAK & CANTIK BILA BAYAR PINJAMAN PTPTN
BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN
VIA KWSP AKAUN 2






Kempen JomPAY & Win! 2022
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Ambank (M) Bhd dan Payments Network Malaysia (PayNet) menganjurkan Kempen JomPAY & Win! 2022. JomPAY adalah perkhidmatan pembayaran bil dalam talian terbesar di Malaysia yang menawarkan kemudahan perkhidmatan pembayaran kepada para pelanggan melalui mana-mana bank di Malaysia.
Kempen JomPAY & Win! 2022 kali ini merupakan penganjuran kali ketiga PTPTN bersama Ambank dan PayNet sejak diperkenalkan pada tahun 2020. Kolaborasi ini adalah bukti komitmen dan kesungguhan untuk memastikan peminjam PTPTN dapat melaksanakan bayaran balik dengan cepat, mudah dan selamat secara dalam talian sekali gus menggalakkan lagi peminjam membuat bayaran balik pinjaman mereka.
Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman mereka melalui JomPAY. Tempoh promosi adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 September 2022. Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh promosi untuk melayakkan peminjam mendapat satu (1) cabutan dan penyertaan adalah secara automatik.
Kempen kali ini menawarkan hadiah wang tunai dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN dengan nilai keseluruhan sebanyak RM61,000 kepada 25 orang pemenang bersempena 25 tahun Jubli Perak PTPTN
Berdasarkan pengumuman oleh KWSP sebelum ini, bermula 21 Julai 2017 yang lalu, pencarum KWSP boleh mengeluarkan caruman dalam akaun 2 untuk membuat bayaran balik pinjaman pendidikan tanpa mengira tarikh kuat kuasa penjanjian.
Oleh itu, peminjam PTPTN jangan lepaskan peluang ini khususnya kepada yang meminjam sekitar tahun 2000 dan ke bawah.
PTPTN anda ada tunggakan? Nak bayar habis Pinjaman PTPTN tanpa guna cash yang ada...
Ayuhhh bayar PTPTN via akaun 2 KWSP.
Jom wassap EKSEKUTIF PTPTN untuk membuat semakkan tunggakan & baki pinjaman serta buat bayaran guna akaun 2 KWSP

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.