Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM15,000

Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Melalui SSPN-i Plus,pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM7,000 dibawah Insuran Nyawa dan KWSP.

Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,

Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline:  03 - 2193 3000

Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)

i-Care (icare.ptptn.gov.my)