GANJARAN KESETIAAN SSPN-i 2021

PopUp Ganjaran Kesetiaan 2021-02.png

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Ganjaran Kesetiaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada kadar 1 peratus. Ganjaran Kesetiaan ini adalah hadiah istimewa dan tanda penghargaan PTPTN kepada pendeposit yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang. Tahun ini merupakan tahun ketiga Ganjaran Kesetiaan diberikan kepada pendeposit setia SSPN-i.

Ganjaran Kesetiaan ini akan dinikmati pendeposit SSPN-i yang membuat simpanan terkumpul dalam tempoh promosi dengan jumlah minimum sebanyak RM500.00. Tempoh promosi bermula 24 Februari 2021 hingga 30 April 2021 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2018. Kepada pendeposit SSPN-i yang layak, rebutlah peluang keemasan ini.

SSPN bukan sekadar simpanan biasa, malah menawarkan pelbagai keistimewaan kepada seisi keluarga. Ini termasuk pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000.00 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000.00, pemberian dividen yang kompetitif dan paling menarik, SSPN turut menawarkan perlindungan takaful dan khairat kematian yang sekali gus membantu anak-anak meneruskan pengajian mereka sekiranya ibu bapa ditimpa musibah yang tidak diingini.

Oleh itu, jangan bertangguh lagi, mulakan simpanan hari ini bersama SSPN. Jadikan SSPN sebagai hadiah terindah dalam kehidupan anak-anak demi masa depan pendidikan yang terjamin.

TERMA DAN SYARAT KEMPEN GANJARAN KESETIAAN SSPN-i 2021

Capture 1.PNG
GK 2.PNG

Pendaftaran akaun SSPN-i perlu masukkan KOD EKSEKUTIF PTPTN 000002673 di ruangan di sediakan.

Semak kelaykkan Ganjaran Kesetiaan 1% 2021.

Wassap & lampirkan resit penambahan kepada Pegawai Eksekutif SSPN setelah membuat penambahan

Link wassap PEGAWAI SSPN. Boleh mohon penyata selepas penambahan.

images.jpg

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,

Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline:  03 - 2193 3000

Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)

i-Care (icare.ptptn.gov.my)

  • Utama

  • Pakej SSPN-i Plus

  • Promosi 2020