KEMPEN GONG XI ANG POW


Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 1 Februari 2022 ini, PTPTN menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow 2022 dengan bertemakan ‘Gong Xi Simpan, Kongsi Ong! Hari-Hari Mesti Mau Simpan Tau!’ yang sinonim dengan ucapan Gong Xi Fa Cai iaitu Semoga Kebahagiaan dan Kekayaan Bersamamu. Tema ini dipilih bagi menyemarakkan kemeriahan Tahun Baru Cina agar kasih sayang dapat dirasai oleh masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Kempen ‘Gong Xi Ang Pow 2022’ dianjurkan di Peringkat Negeri pada kali ini menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM100,000.00 untuk dimenangi. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.
Tempoh promosi kempen adalah selama sebulan bermula 15 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022.
Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50.00 (1 cabutan) dalam tempoh kempen



Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.