top of page
Article Web 900x500_PTPTN JomPAY & Win 2021-01.png
225521239_4232894433464679_6969999405880828726_n.png
230578097_542470930361112_8693532306464818484_n.jpg
227532237_439699440384848_884369666309256754_n.jpg

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Kumpulan Ambank (M) Bhd (Ambank) dan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menganjurkan Peraduan JomPAY and Win! 2021. Kempen ini dianjurkan bagi menghargai peminjam yang komited membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Kempen JomPAY & Win! 2021 pada kali ini menawarkan hadiah wang tunai berbentuk bayaran balik atau simpanan SSPN-i kepada para pemenang. Bagi pemenang yang mempunyai jumlah baki pinjaman kurang daripada nilai hadiah yang dimenangi, sebarang lebihan daripada hadiah tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan SSPN-i pemenang.

 

Selain menunaikan tanggungjawab membayar balik pinjaman, secara tidak langsung peminjam PTPTN juga dapat menyertai kempen yang dianjurkan dan memenangi wang tunai sebagai tambahan kewangan membantu mereka membayar balik pinjaman.

Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran dalam talian JomPAY. Tempoh promosi adalah selama tiga (3) bulan mulai 1 Ogos 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

 

Peminjam PTPTN hanya perlu membuat bayaran balik dengan nilai minimum RM100 dalam tempoh promosi untuk melayakkan peminjam mendapat satu (1) cabutan.

Kempen kali ini menawarkan hadiah lumayan bernilai RM50,000 untuk 50 orang pemenang seperti berikut:

 

Hadiah pemenang utama berjumlah RM11,000, tempat kedua RM8,000, tempat ketiga RM5,000 dan tempat keempat RM3,000.

 

Tidak ketinggalan, hadiah saguhati turut disediakan kepada 46 pemenang dan setiap pemenang akan menerima RM500. Hadiah yang ditawarkan ini adalah tajaan sepenuhnya oleh Ambank dengan kerjasama PayNet sebagai jalinan kerjasama strategik dengan PTPTN.

Peminjam PTPTN boleh memilih saluran JomPAY untuk membuat bayaran balik pinjaman di samping memenangi hadiah yang disediakan melalui kempen ini. Sesungguhnya bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh para peminjam amat bermakna dan penting untuk kesinambungan pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.

Kempen JomPAY & Win! 2021


SEMAKKAN BILLER CODE JOMPAY
 

Hai Cik Nurul! 
Saya dah buat pembayaran via JomPay dan nak join contest.... 
Ini resit saya. 

Thanks for submitting!

**PENTING**

 

Bagi penambahan deposit, Sila lampirkan RESIT BAYARAN selepas pembayaran dibuat untuk semakkan dan email kepada nurulakmal@ptptn.gov.muntuk tindakan selanjutnya dan semakan penyata.

images.jpg

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,

Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.


Waktu Operasi: Isnin - Ahad


(8:00 Pagi - 10:00 Malam)

nurulakmal@ptptn.gov.my

bottom of page