top of page
35799299_896676097193837_305967706320928

[#CERITA_SEBENAR] IBU TINGGALKAN RM40,000 UNTUK AKU KE UNIVERSITI DALAM MASA 6 HARI

Benar kata orang kasih ibu membawa ke syurga.
.
.
Zahera Ahmad, seorang penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Port Dickson , Negeri Sembilan. Dia wanita hebat yang sentiasa disayangi seisi keluarga dan rakan-rakan, seorang ibu penyayang yang menitik beratkan tentang pendidikan dan masa depan anak-anaknya, seorang isteri yang sentiasa membantu meringankan beban keluarga dan menjadi tulang belakang kepada seorang suami yang dicintainya.
.
.
Dia adalah ibu ku, ibu kepada 3 orang anak yang sedang meningkat ke alam remaja. Nama aku Mohd Faiz Hakim, merupakan anak sulong dari 3 beradik, aku bekas pelajar MRSM Kem Terendak Melaka dan kini sedang menunggu tawaran utnuk melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak lama lagi,
.
.
Ibu ku adalah seorang yang sangat teratur kehidupannya. Ibu akan sedaya upaya akan memastikan agar kehidupan kami sekeluarga selesa. Beberapa minggu yang lepas aku dan ibu turut berbincang untuk mengatur dan merancang untuk urusan pelanjutan pelajaran ke menara gading dengan keputusan SPM yang aku perolehi tempoh hari. Aku dan ibu bersetuju untuk aku memilih Universiti Pertahan Negara Malaysia sebagai pilihan utama di dalam sistem UPU tersebut. Ibu juga menasihati ku untuk membuat beberapa persediaan awal untuk segala keperluan sebelum tawaran sebenar diterima kelak.
.
.
Sememangnya aku sangat teruja dan tidak sabar untuk melangkah ke dunia baru sebagai penuntut di menara gading. Impian ku hanya satu. Iaitu ingin meneruskan kecemerlangan pelajaran sebagai tanda kebanggan ibu dan ayah dan seterusnya berbakti untuk mereka berdua selepas tamat belajar nanti.

31 MAC 2018, SEKELIP MATA MENJADI YATIM PIATU
.
.
Aku, ibu, ayah dan adik bongsuku menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Perak. Sewaktu dalam perjalanan pulang semula ke rumah kami di Port Dickson kenderaan yang dipanduku tidak dapat dikawal dan akhirnya terbabas lalu masuk ke longkang disebelah kiri lebuhraya tersebut. Ibu yang duduk di bahagian belakang kerusi penumpang tercampak keluar dari arah belakang kereta dan maut ditempat kejadian. Ayah pula mengalami cedera parah, manakala aku dan adik yang cedera ringan dibawa ke Hospital berhampiran untuk rawatan.
.
.
AKU PENYEBAB IBU TELAH TIADA!
.
.
Jenazah ibu dibawa pulang pada malam itu dengan ambulans ke Port Dickson, aku tidak dapat menahan sedih dan menangis semahu-mahunya di atas kejadian yang telah menimpa kami. Aku dan adik menjadi sangat trauma dengan apa yang berlaku ini. Selesai urusan pengebumian jenazah ibu, dan sewaktu ingin kembali ke hospital aku mendapat perkhabaran ayahku sedar buat seketika sebelum akhirnya beliau terut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya Allah, aku tidak sempat berjumpa dan bercakap dengan kedua-dua ibu dan juga ayah buat kali terakhir. Ralatnya hati ini... Perasaan sedih dan kesal silih berganti membuatkan aku rasa terlalu lemah dan tidak berdaya. Fikiran buntu dan perasaan yang terlalu kosong ku rasakan..
.
.
Ya Allah berat dugaanmu ini.
.
.
Dalam sekelip mata, aku 3 beradik yatim piatu, akulah punca, akulah penyebab semua ini berlaku, kalaulah aku tidak pandu kereta itu pasti ibu dan ayah masih ada lagi. Aku sedih, bagaimana akan jadi dengan kehidupanku, siapa yang akan menjaga kami adik-beradik. Walau bagaimanpun, sebagai abang aku kena kuat untuk adik-adikku, aku tidak akan biarkan sesiapa pun memisahkan kami adik-beradik. Adakah aku terpaksa kuburkan impianku untuk melanjutkan pelajaran bagi menyara kehidupan adik-adikku.. Semua terus berlegar dalam kepala yang serba sarat ini..
.
.
Aku redha kalau itu ketentuan yang telah Engkau tetapkan untukku. Bantu lah aku Ya Allah.
.
.
Tidak aku sangka pesanan ibu supaya menjaga adik-adik, rupanya adalah pesanan terakhir untuk aku. Ya, aku janji aku akan menjaga amanah, dan pesanan ibu ini selagi aku masih ada.
.
.
Setelah selesai pengkebumian ayah, aku mendapat panggilan daripada pihak PTPTN untuk menemui ku kerana mereka memaklumkan bahawa ibuku ada membuka akaun simpanan SSPN-i Plus pada 26 March 2018. Seingat aku, aku juga ada membuka akaun SSPN di Karnival Pendidikan di Politeknik Port Dickson. Semasa pangilan tersebut aku tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh pihak PTPTN, aku cuma mengiakan sahaja dalam perbualan tersebut.
.
.
Beberapa hari kemudian, pihak PTPTN datang ke rumah kami dan menerangkan semula mengenai simpanan yang dibuka oleh ibu. Rupanya sehari sebelum aku buka akaun SSPN-i Plus, ibuku telah membuka akaun simpanan untukku terlebih dahulu tetapi ibu membuka SSPN-i PLUS di mana pelan simpanan tersebut mempunyai tambahan manfaat perlindungan TAKAFUL ke atas pendeposit.
.
.
Sebenarnya membuka akaun itu merupakan salah satu syarat sebelum layak membuat pinjaman pendidikan PTPTN untuk pembiyaan pendidikan tinggi. Sebagai ibu yang tidak suka berlengah dalam membuat persediaan aku ke universiti, peluang ibu berjumpa pegawai PTPTN di booth terus mendorongnya untuk membuka akaun tersebut. Dan tanpa ingin mengurangkan walau sedikit pun keistimewaan untuk anak-anaknya sesungguhnya ibu telah memilih SSPN-i PLUS yang ditambah baik dari manfaat perlindungan berbanding pilihan ku hanya SSPN yang biasa.
.
.
Pihak PTPTN menerangkan kepada kami adik beradik kelebihan simpanan yang dibuat arwah ibuku iaitu walaupun ibu baru sahaja menyimpan sebanyak RM30 dan baru sahaja akaun itu diaktifkan selama 6 hari, waris tetap layak mendapat manfaat takaful kematian kemalangan ke atas pendeposit (ibu ku) sebanyak RM40,000 dan RM2,500 untuk khairat kematian bagi pendeposit dan pasangan setiap seorang serta simpanan terkumpul akan di pulangkan. Dengan itu, PTPTN telah memberikan manfaat perlindungan kepada waris berjumlah lebih kurang RM45,000.00.
.
.
Tidak aku sangka Allah lebih mengetahui segala-galanya, aturanya sungguh cantik dan tidak pernah salah alamat. Allah gerakkan hati ibu untuk membuka akaun ini.
.
.
Aku tidak sangka tidak sampai seminggu arwah ibu menjadi pendeposit, tetapi masih boleh menerima pampasan perlindungan takaful. Aku menarik nafas lega kerana perancangan dan tindakan ibu menyimpan di SSPN-i PLUS sebelum meninggalkan kami telah meredakan sedikit kerunsingan dan tekanan aku dan adik-adik.. Alhamdulillah...
.
.
Ditambah lagi melegakan kami bapa saudara kami juga berjanjia akan menjaga kebajikan kami adik beradik. Bapa saudara kami kini lah yang akan menjadi tempat kami bergantung harap dan menumpang kasih. Moga Allah bantu kami adik beradik dan keluarga bapa saudara ku dalam meneruskan kehidupan kami dan terus memikul amanah yang diberikan. InshaAllah.
.
.
KEPADA IBU DAN AYAH YANG SAYANGKAN ANAK-ANAK
.
Jadikan kisah aku ini sebagai persiapan untuk anak-anak anda pada masa akan datang, sekiranya terjadi kepada anak-anak anda diluar sana seperti aku dan adik -adik, dengan sekelip mata sahaja menjadi yatim piatu…bayangkan apa nasib mereka nanti…. Aku masih lagi beruntung kerana bapa saudara kami akan mengambil alih tugas menjaga kami, sekiranya anak-anak anda diluar sana tiada sesiapa ingin menjaga apakah nasib mereka….
.
.
Ibu!!!! Ayah!!! Maafkan aku segala dosaku selama ibu dan ayah mencurahkan kasih saying untuk kami adik beradik. Doa kami untuk ibu ayah tidak akan putus. Damailah di sana bersama pencipta kerana bakti ibu ayah terlalu banyak untuk kami balas.

.
===
KELEBIHAN MENYIMPAN DI SSPN-i PLUS :-
===
.
.
 SSPN-i  Plus merupakan produk simpanan patuh syariah ynag menepati ciri-ciri utama perancangan kewangan

 Manfaat Perlindungan kepada pendeposit bagi Kematian/ Ilat kekal ( kemalangan) sehingga

    RM 1 000 000.00
 Manfaat simpanan dengan pulangan dividen yang kompetitif serta dijamin kerajaan
 Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa melebihi RM8,000.00 setahun.
 Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan*
 Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
 Pilihan perkhidmatan simpanan bulanan dan pengeluaran yang mudah
 Layak memohon pembiayaan pendidikan.

..
===

images.jpg

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,

Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline:  03 - 2193 3000

Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)

i-Care (icare.ptptn.gov.my)

bottom of page