
TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI IPTA/IPTS
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.
Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.


1. Dapat Surat Tawaran IPTA/IPTS
2. Semak tarikh tutup permohonan Pinjaman PTPTN.
Pelajar perlu masukkan nama kursus untuk membuat semakan. Tekan link untuk buat semakkan https://www.ptptn.gov.my/msk/Utama
3. Buka Akaun SSPN
Pelajar harus mempunyai akaun SSPN sebelum mohon Pinjaman PTPTN. Masukkan Kod Eksekutif yang mempunyai 9 digit. 000002673 .
Buka akaun SSPN secara online via link https://www.ptptn.gov.my/esmas-open-acc-web/#/openAccount
4. Beli No Pin PTPTN
Boleh beli di Kaunter BSN atau secara online.
Pembelian secara online guna link https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register .. Pelajar wajib ingat kata laluan untuk proses permohonan.
5. Buka Akaun Bank mengikut arahan yang di tetapkan oleh IPTA/IPTS.
6. Mohon Secara Online
Pelajar yang beli No Pin PTPTN di BSN boleh mohon melalui link https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/first-time-application
Pelajar yang beli no pin PTPTN secara online boleh mohon Pinjaman PTPTN melalui link https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login .
(P/S:: Pelajar harus masukkan kata laluan yang sama semasa beli no pin secara online)
7. Panduan Mohon Pinjaman PTPTN. Tekan di sini