[#PRIHATIN] MURID KEHILANGAN AYAH SEBAIK SELEPAS DIHANTAR KE SEKOLAH
Updated: Apr 19, 2019

PTPTN Negeri Sembilan turut bersimpati di atas nasib menimpa di atas keluarga murid darjah 2 SK Jalan Enam Bandsr Baru Bangi. Sumbangan untuk Tabung Kilat juga telah disampaikan kepada murid melalui sekolah berkenaan agar dapat meringankan sedikit beban keluarga. .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KISAH SELANJUTNYA . Seorang Pelajar Darjah Dua SK Jalan 6 bandar baru bangi kehilangan bapanya awal pagi 23hb Januari yang lalu. . Bapanya meninggal selepas serangan jantung semasa memandu selepas menghantar anak ini ke sekolah. Bapanya meninggal di tempat kejadian pada usia 37 tahun. . Ibunya yang sedang berpantang 7 hari dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di Kelantan. . Isteri beliau seorang yang kurang upaya penglihatan (buta) dan bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat cawangan Kajang. . Anak ini sangat tabah. Mengalir air mata dan sangat sayu apabila melihat jenazah bapanya yang dia kasihi. . Anak ini sangat disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini. . Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dapatkan maklumat pelajar tersebut di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi. . Moga sumbangan Tuan-puan boleh meringankan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarga beliau. . Moga Anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang pada masa akan datang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ . . Andai kita sedih melihat anak ini dan risaukan masa depan keluarga ini, kita juga seharusnya BERSEDIA jika ia boleh menimpa kepada keluarga kita. . . Tabiat menabung/ menyimpan bukan lagi satu kehendak, ia sudah menjadi suatu keperluan. . Pilihan simpanan DELIMA RM50 sebulan adalah pelan mampu milik serta menepati KEPERLUAN kewangan anda. Simpanan di SSPN1M Plus bukan sahaja boleh nikmati faedah simpanan malah manfaat perlindungan yang boleh menyediakan penggantian pendapatan kepada waris di saat kita telah tidak mampu menyara keluarga samada akibat kematian atau hilang upaya kekal. . . Layari laman web www.lovesspniplus.com untuk maklumat lanjut