PERBEZAAN AKAUN SSPN-i DENGAN SSPN-i PLUS
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

SSPN-i PLUS
* Simpanan setiap bulan, pakej serendah RM30.
* Simpanan yang beserta perlindungan takaful sebanyak RM40,000 jika berlaku kematian di sebabkan kemalangan.
* Khairat kematian bagi pendeposit & pasangan RM2,500 setiap seorang.
* Khairat kematian sebanyak RM1,000 bagi penerima manfaat.
* Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan akaun SSPN -i Plus tahun semasa & mendapat tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan iaitu sehingga RM7,000.00 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
SSPN-i
* Simpanan yang boleh di simpan pada bila-bila masa.
* Simpanan yang mempunyai simpanan berjumlah RM1,000 ke atas sahaja akan dapat manfaat takaful ringgit - ringgit.
Khairat kematian RM2,000 bagi pendeposit sahaja.
* Khairat kematian RM500 untuk penerima manfaat.
* Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan akaun SSPN -i Plus tahun semasa.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 - 2193 3000
Waktu Operasi: Isnin - Ahad
(8:00 Pagi - 10:00 Malam)
i-Care (icare.ptptn.gov.my)